beranda

Thursday, February 18, 2016

53 AMALAN SUNNAH ROSULULLOH

53 AMALAN SUNNAH ROSULULLOH

SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Jika melihat yang kedua kali maka akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada rasa khusyu
2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.
3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.
4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"
5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk kamar mandi kaki kiri, keluar kaki kanan.
6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari yiatu ibu jari, telunjuk dan jari tengah. kalau terasa sulit bisa 3 suapan pertama saja pakai 3 jari ikut sunnah.
7. JAMINAN ALLAH
3 orang yang mendapat jaminan Allah yaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang kembali ke jalan Allah.
8. GUNTING BULU
Apabila lelaki atau perempuan tidak menggunting, mencukur bulu kemaluan dan bulu ketiak dalam waktu 40 hari, maka iblis akan bersarang di situ.
9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu pertama iblis dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.
10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.
11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.
12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.
13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis
14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali sebelum bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersiwak sebelum melaksanakan solat maka akan dihitung 70 kali solat.
15. SUJUD SAMBIL BERDOA
Saat yang paling DEKAT antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud, kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.
16. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.
17. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat: Yaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.
18. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid
19. BERSUCI SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wudu sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindarkan gangguan iblis dan syaitan.
20. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.
21. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Selalu ke mesjid karna Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu derajat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.
22. PAKAI SIPAT ATAU CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.
23. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian atau jubah seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi mata kaki .
24. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid 27 derajat dari solat sendirian di rumah.
25. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.
26. MEMELIHARA JANGGUT
Memelihara janggut. Lebih afdal . Diberi pahala amal berterusan selama berniat mencintai sunah Rosul
27. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.
28. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.
29. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah miring ke kanan di atas rusuk kanan, lambung dibawah , muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.
30. MINUM LEPAS MAKAN
Sehabis makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar kira-kira 40 langkah kaki, atau sekitar satu menit setelah makan barulah minum.
31. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Duhur kerana hal tersebut dapat membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat Zohor.
32. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda masuk ke suatu majlis.
33. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.
34. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.
35. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air yang dicampur dengan sesendok madu asli.
36. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak yaitu bantal, minyak wangi dan susu.
37. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.
38. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.
39. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x seperti berwudhu kerana syaitan ikut diam dalam lubang hidung.
40. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.
41. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.
42. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.
43. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.
44. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon ampunan dosa setiap hari lebih dari 70 kali.
45. JANGAN MENGHINA MAKANAN,
Jangan menghina makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka jangan mencela biarkan saja.
46. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat ke dalam rumah.
47. JAWAB SALAM DALAM KAMAR MANDI/WC
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di Wc kerana ada lafaz Allah dalam kalimah salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.
48. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan dingin sendiri dikarnakan tiupan udara dari manusia mengeluarkan suatu dzat yang bisa berinteraksi dengan air panas yang menghasilkan racun
49. GILIRAN MINUM
Jika minum dalam satu tempat atau gelas, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.
50. TIGA AMALAN ANJURAN ROSULULLOH
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal Yaitu puasa 3 hari di setiap bulan (afdal nya 13,14,15 tanggal islam), solat Dhuha dan solat sunat Witir.
51. JANGAN TIDUR TELUNGKUP
Jangan tidur telungkup kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.
52. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.
53. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat solat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.

semoga menjadi tambahan ilmu
Amiin

No comments:

Post a Comment